Rabu, Ogos 10, 2011

Forum “Reformasi Pilihanraya & Pemurnian Demokrasi”

Salam.

In sya ALLAH, pada hari Sabtu ini (13 Ogos 2011), pada jam 9.30 pagi, satu forum bertajuk “Reformasi Pilihanraya & Pemurnian Demokrasi” akan dianjurkan secara bersama oleh Grup Peguam ABIM dan Kolej Dar al Hikmah.
Forum tersebut akan berlangsung di Dewan Besar Kolej Dar al Hikmah, Sungai Ramal Dalam, Kajang.

Semua dijemput hadir!

Ahli-ahli panelnya ialah: Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri KPT; Prof Dr. Muhammad Redzuan Othman, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya; dan Saudara Wan Firdaus Wan Mohd Fuaad, Pengarah IDEAS.

Molek kiranya kita kenali secara ringkas, latar belakang ketiga-tiga tokoh belia dan akademik ini.


1) Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri KPT.
Dato’ Saifuddin Abdullah ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Ahli Parlimen Temerloh, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Pengerusi Akademi Belia, mantan Yang Dipertua Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya, PBMUM (1983-1985) dan bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (1998-2002).bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (1998-2002).

Dato’ Saifuddin mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Abu Bakar Mentakab (1968-73), Kolej Melayu Kuala Kangsar – MCKK (1974-80), mendapat BA Honours dari Universiti Malaya (1984), Diploma Terjemahan dari Persatuan Penterjemah Malaysia/Dewan Bahasa dan Pustaka (1985) dan mengikuti Kursus Eksekutif di Harvard Business School (1995).

Dato’ Saifuddin telah mencetuskan gagasan “Patriotisme Alaf Baru’ pada tahun 1999 yang kemudiannya menjadi salah sebuah kertas kerja utama di Kongres Patriotisme Negara (2002) di mana idea Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dilahirkan.

Dato’ Saifuddin telah menghasilkan beberapa buah buku dan monograf: ‘Politik Baru: Mematangkan Demokrasi Malaysia (Dwibahasa)’ (2009) ‘Gerakan Kesukarelaan: Menjana Perubahan Bermakna’ (2001); ‘Memperkasa Persatuan Belia’ (2000); ‘Pelan Tindakan Pembangunan Belia Negara 2001-2010’ (2001); ‘Country Monograph on Youth Situations, Policies and Programs in Malaysia’ (1999); ‘Strengthening Youth Agenda: Implementation through Empowerment’ (1998).

Dato’ Saifuddin seorang pemidato yang baik. Beliau Johan dan Pemidato Terbaik Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri (1980). Beliau juga pengasas Pertandingan Debat Antara Universiti Piala Di-Raja dan Kelab Debat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Di samping politik, beliau mempunyai pengalaman luas sebagai pemimpin belia dan kemasyarakatan. Antara jawatan/peranan yang pernah diamanahkan kepadanya ialah: Ahli Majlis Teknologi Maklumat Negara (NITC) Ahli Majlis Perundingan Ekonomi Negara Kedua (MAPEN II) Ahli, Majlis Perundingan Belia Negara Pemegang Amanah, Yayasan Salam Ahli Jawatankuasa Teknikal, Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia Ahli Majlis Penasihat Pengguna Negara Ahli Jawatankuasa Kurikulum, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Ahli, Majlis Perundingan Akta Pendidikan Timbalan Presiden, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Pengasas/Presiden, Ikatan Pengkajian Islam Pahang (IKATAN) Presiden, Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) Ketua Murid, Kolej Melayu Kuala Kangsar.


2) Prof Dr. Muhammad Redzuan Othman, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Prof. Dr Mohammad Redzuan Othman merupakan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Beliau yang berkelulusan BA, (Universiti Malaya), MA (Universiti London, United Kingdom), PhD, (Universiti Edinburgh, United Kingdom), juga merupakan seorang pakar dalam bidang sejarah, politik dan gerakan Islam khususnya di Timur Tengah dan Malaysia.

Memegang jawatan selaku Pengerusi Majlis Syura Kebangsaan (MSK), beliau turut menjalankan tugas selaku Ahli Penal Penasihat Editorial Antarabangsa, “Journal of West Asian Studies”, Universiti Malaya; Ahli Jawatankuasa Peruntukan Penyelidikan Pascasiswazah (PPP) Bidang Sains Sosial dan Sains Iktisas, Universiti Malaya; Ahli Jawatankuasa Penyelidikan Fundamental dan Penyelidikan Jangka Pendek Universiti Malaya (IPPP, Universiti Malaya); dan banyak lagi.

Sementelahan, beliau telah menulis banyak buku. Antaranya ialah: ‘Majlis Belia Malaysia: 1948-2008’ (2010); ‘Setengah Abad Hubungan Malaysia-Indonesia’ (2009); ‘Permatang Pauh: Pilihan Raya Kecil Ogos 2008’ (2009); ‘Mencari Makna Di Sebalik Krisis Di Lebanon Dan Palestin’ (2007); ‘Sejarah Pembinaan Negara Bangsa’ (2006); ‘Islam dan Politik Di Turki’ (2005); ‘Islam dan Masyarakat Melayu. Peranan dan Pengaruh Timur Tengah’ (2005); ‘Jendela Masa. Kumpulan Esei Sempena Persaraan Dato' Khoo Kay Kim’ (2001); dan ‘The Malays in the Middle East. With Bibliography of Malay Printed Works Published in the Middle East (2000).


3) Saudara Wan Firdaus Wan Mohd Fuaad, Pengarah IDEAS.
Wan Mohd Firdaus Wan Mohd Fuaad merupakan mantan Pengerusi UKEC pada sesi 2005/06 dan 2006/07 di mana beliau menaikkan nama UKEC sebagai sebuah gerakan pelajar dan melancarkan beberapa projek seperti “UKEC Careers’ Fair”, “Projek Amanat Negara IV” dan “1st Malaysian Student Leaders’ Summit”.

Selanjutnya, beliau merupakan mantan Pegawai Politik ( Politics Officer) Federation of Students Islamic Societies (FOSIS) dan wakil Universiti Nottingham sewaktu ‘National Union Of Students’ (NUS).

Dibesarkan di Pasir Mas, Kelantan, Wan Mohd Firdaus menduduki peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAPK) Kajang pada tahun 2000.
Kemudian, selepas berjaya menamatkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang [LLB: Bachelor of Laws degree] dari Universiti Nottingham, beliau telah diterima masuk ke Lincoln’s Inn, London dan mengangkat sumpah selaku peguambela dan peguamcara pada tahun 2007.

Wan Mohd Firdaus merupakan Pegawai Khas (Special Officer) kepada Pengerusi ‘Iskandar Regional Development Authority’ (IRDA), sebuah badan berkuasa persekutuan-negeri yang menguruskan Wilayah Pembangunan Iskandar (IRD) yang bernilai berbilion ringgit.

Bersama manfaatkan kebitaraan kita semua. Khalas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...