Selasa, Julai 30, 2013

Program “Sinar Ramadan: Kempen Sekampit Beras Sekotak Kurma” 2013 M.

Belanjakan (harta kamu) untuk jalan Allah dan janganlah kamu menjerumuskan diri ke dalam kebinasaan. Buatlah kebaikan, sesungguhnya Allah suka kepada orang yang berbuat baik.”
(Surah Al Baqarah, Ayat ke-195).

Alhamdulillah, pada hari Ahad, 28hb Julai 2013 bersamaan 19 Ramadhan 1434H, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Kuala Langat dengan kerjasama  Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) dan Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) telah menganjurkan Program “Sinar Ramadan: Kempen Sekampit Beras Sekotak Kurma” di Kampung Melayu Pulau Carey, Kampung Orang Asli Sungai Judah dan Batu 11, Telok Panglima Garang.

Program ini digerakkan oleh ABIM Pusat di peringkat negeri serta daerah, dengan sekampit beras serta beberapa lagi barangan keperluan dapur disumbangkan kepada yang memerlukan.

Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap pengerusi Adat Istiadat Melayu, Belia dan Sukan yang juga ADUN Sijangkang, Kuala Langat, Dr Ahmad Yunus Hairi, turut hadir ke Masjid Kampung Melayu Pulau Carey pada malam tersebut.

Sebanyak 35 kampit beras bersama kurma, barangan keperluan dapur dan pakaian sumbangan orang ramai telah diserahkan kepada penduduk-penduduk di kampong-kampung yang terlibat. Sebanyak 15 kampit beras dan bungkusan sumbangan diserahkan sendiri ke rumah penerima sumbangan, manakala 20 lagi kampit dan bungkusan sumbangan diserahkan dalam satu majlis di Masjid Kampung Melayu Pulau Carey.

Sebanyak lapan (8) buah kereta dan seramai 22 orang aktivis terlibat dalam telah menyertai program kali ini. Seramai kira-kira 100 orang menghadiri program yang dianjurkan kali ini. Semoga banyak manfaatnya, dalam membantu mereka yang memerlukan. Sesungguhnya, harta kita ialah maruah. Penyelamat kita ialah iman. Amin dan in sya ALLAH. Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan 1434H ini.

Taqwa Dihayati, Ramadhan Dimaknai.”

Julang semangat zaman. Salam.
-------------------------------------------------------- 
Lagi info di sini:
  1. http://chedinsphere.blogspot.com/2012/08/sumbangan-ramadhan-abim-kuala-langat.html;
  2. http://www.abim.org.my/v1/index.php/arkib-abim/35-fashion/207-abim-ajak-masyarakat-sertai-sinar-ramadhan-1433h;
  3. http://chedinsphere.blogspot.com/2012/10/seputar-muktamar-sanawi-abim-ke-41-2012m.html;
  4. http://chedinsphere.blogspot.com/2010/12/sejarah-angkatan-belia-islam-malaysia.html;
  5. http://chedinsphere.blogspot.com/2012/07/temasya-sukan-tahunan-abim-daerah-kuala.html;
  6. http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/majlis-konvokesyen-taski-abim-kuala.html;
  7. http://chedinsphere.blogspot.com/2012/05/ijtima-harakiyy-pepias-abim-wadah-kuala.html.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...