Jumaat, Oktober 25, 2013

Wakil ABIM di Sesi Semakan Berkala Sejagat – Universal Periodic Review (UPR) di Geneva, Switzerland.

Logo Angkatan Belia 
Islam Malaysia (ABIM).
Saudara Jufitri dan Saudara Anwar, 
bergambar kenangan sewaktu 
transit di Dubai.
Suasana Pejabat PBB di Geneva.
Saudara Anwar dan Saudara 
Jufitri di Geneva, Switzerland.
Pertemuan wakil ABIM dengan Saudara Vicente Paolo, daripada South Centre Geneva, yang juga merangkap Timbalan Pengarah South Centre Geneva, membincangkan beberapa isu penting di peringkat Antarabangsa yang melibatkan malaysia dan yang mempunyai implikasi serta kesan ke atas Malaysia seperti isu TPPA dan sebagainya.
Di Pejabat İslamic Relief Center Geneva. Bersama Saudara Jamal Krafess, Pengarah İslamic Relief Geneva. İRG ialah badan Hak Asasi dan Kemanusiaan, berpusat di Birmingham London, mereka juga punya pejabat di Malaysia. Kunjung hormat membincangkan kerjasama strategik bagi menangani isu-isu serta krisis umat di serata dunia secara bersama inshaAllah. Demi ummat tiada sempadan negara bisa memisahkan kita.
Naib Presiden ABIM, 
Saudara Jufitri Joha.
Ketua Biro Tugas-Tugas Khas (Undang-Undang) 
ABIM, Saudara Mohd Khairul Anwar Ismail.
Saudara Raimi Ab Rahim, Setiausaha Agung ABIM.
Juga mantan Presiden Persatuan Kebangsaan 

Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Bergambar kenangan bersama Datuk 
Saifuddin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif 
Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM).
Alhamdulillah, pada 22hb Oktober 2013, Selasa, saya berkesempatan mewakili Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama Naib Presiden ABIM, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim ke Program Diskusi Semakan Berkala Sejagat dan Status Hak Asasi Manusia Malaysia. 
Program ini dianjurkan oleh Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), Selangor dan panel dipengerusikan oleh Datuk Dr Denison Jayasooria (Setiausaha Agung Proham).
Antara yang menyertai program ini ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM); Tan Sri Simon Sipaun (Pengerusi Proham); Puan Juanita Lourdes Joseph (Koordinator Khas PBB di Malaysia); Dato Siva Subramaniam (SITF); Cik Rafidah Yahya (SUHAKAM); wakil Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia dan wakil Pejabat Pesuruhjaya Tinggi New Zealand.
Semakan Berkala Sejagat atau Universal Periodic Review (UPR) adalah satu proses semakan ke atas kesemua 193 buah negara di bawah PBB terhadap kepatuhan kepada beberapa ketetapan oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (atau United Nation Human Rights Council, ringkasnya UNHRC).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...