Sabtu, November 30, 2013

Perlawanan Akhir Piala FA 1991 (Selangor lawan Perak).


Azizol Abu Haniffah, antara pemain tengah terbaik
dalam sejarah bola sepak Malaysia.
Aksi Separuh Akhir Piala FA 1991:
Perak FA berjaya menumpaskan skuad bintang Pahang FA.
Stromsik, ketika menganggotai skuad Piala Dunia 1982 CSSR, ketika itu dibimbing oleh Jozef Venglos dan Frantisek Havranek.
Karel Stromsik ketika sesi latihan bersama Selangor FA.
Beliau digambarkan sebagai antara penjaga gol terbaik dalam sejarah bola sepak Selangor, selain Aru The Spiderman dan Rashid Hassan.
Karol Stromsik, penjaga gawang Selangor yang pernah menganggotai
skuad Czechoslovakia sewaktu Piala Dunia 1982. 
2013: Bro Suhir Ramzi, seorang 
pengumpul jersi Selangor yang 
tegar, bersama Stromsik.
Saya dan Bro Suhir, bergambar 
kenangan bersama sebahagian 
Sahabat Kelab Jersi Kita (KJK)
ketika mengeteh di Bandar Tun Razak. 
Jayakanthan dan rakan-rakan skuad Selangor
kelihatan gembira sewaktu sesi latihan skuad Selangor FA.
Kenangan latihan skuad Merah-Kuning.
Ismail Ibrahim (tengah, berjersi gelap),
menyaksikan rakan sepasukannya menjalani latihan.
Ken Worden, Jurulatih Selangor FA yang berjasa,
bersama trofi Piala FA 1991.
Ketua pasukan Selangor, Ismail Ibrahim,
menjulang Piala FA 1991.
 
Dari sisi berbeda.
Piala FA: Trofi lagenda.
Kyi Lwin dari Myanmar, 
antara pemain import Perak yang dikenang.
Ismail Ibrahim dikerumuni rakan sepasukannya
selepas menjaringkan gol kemenangan Selangor ke atas Perak.
P. Maniam beraksi sewaktu Final Piala FA 1991.
Beliau merupakan antara pemain muda yang menyerlah di bawah bimbingan Ken Worden ketika jurulatih itu mula membimbing skuad Merah-Kuning.
P. Maniam bergambar kenangan bersama anggota keluarganya tidak berapa lama dulu. Beliau menyarung jersi Final Piala FA 1991, manakala adiknya (duduk dua dari kiri), menyarung jersi Piala Tan Sri Muhammad Taib 1996.
Jijon melompat tinggi untuk mendapatkan bola.
Malek Rahman cuba mendapatkan bola daripada pemain Seladang.
Wira Selangor, Ismail Ibrahim, tenang mengawal bola
daripada dirampas oleh pemain Perak.
Ismail Ibrahim melarikan bola sambil diperhatikan oleh K. Gunalan.
Pemain Perak, Roafandi Yusof, cuba menguis bola, namun berjaya ditangkap kemas oleh Stromsik.
Karel Stromsik, penjaga gawang berpengalaman,
berjaya menyelamatkan bola daripada dipintas oleh Roafandi Yusof.
Chong Kim Boon melompat tinggi ketika cuba menyelamatkan percubaan pemain  Selangor FA.
Malek Rahman dan rakan-rakan bersorak riang,
meraikan kejayaan Selangor.
Bertemu Bro Malek Rahman ketika perlawanan amal Veteran Selangor menentang Veteran Kelantan.
Kenangan ngeteh bersama Bro Malek Rahman, di Klang. 
Para pemain Selangor bersama Trofi Piala FA 1991.
Turut kelihatan ialah Tengku Idris Shah (kini DYMM Sultan Selangor).
Para peminat tidak melepaskan peluang
bersalaman dengan wira mereka.
Merah-Kuning lambang kebanggaan.
Kompang merupakan antara instrumen yang digunakan
bagi menaikkan semangat penyokong Selangor FA. 
Ken Worden, ketika usia mudanya, pernah beraksi sebagai penyerang.
Kali terakhir beliau membawa Piala Malaysia ke negeri Selangor ialah pada tahun 2002.
Fakta dan barisan kemungkinan kedua-dua pasukan
sebelum perlawanan dimulakan.
Skuad Juara Piala FA 1991, Selangor FA.
Perlawanan Akhir Piala FA 1991
Pada 9hb Oktober 1991 (Rabu), Perlawanan Akhir Piala FA 1991 telah mencatatkan rekod kutipan stadium ketika itu. Sebanyak RM405,000 hasil jualan tiket telah dituai, mengatasi rekod RM380,000 yang dicatat ketika Final Piala FA 1990, bila mana Perak mencatatkan kemenangan dramatik 4-2, selepas ketinggalan 0-2 di belakang Selangor FA.
Selepas levi FAM ditolak, kedua-dua pasukan tersebut telah memperolehi hasil kutipan RM200,000 untuk setiap pasukan. Tiket-tiket telah dijual dengan harga RM25 untuk tempat duduk ‘grandstand’ dan RM8 untuk tempat duduk teres (tempat duduk batu).
Dalam perlawanan akhir yang sekali lagi mempertemukan dua musuh tradisi, Selangor dan Perak, seramai 45,000 orang penonton hadir memenuhi stadium keramat, Stadium Merdeka. Saingan Piala FA 1991 berlangsung sengit, memandangkan ianya berjalan serentak dengan Kejohanan Liga Semi-Pro 1991 serta Piala Malaysia 1991.
Skuad Merah-Kuning – bimbingan Ken Worden - yang asalnya dibarisi pemain muda tempatan yang kurang dikenali, berjaya melahirkan beberapa muda berpotensi yang kemudiannya beraksi untuk skuad kebangsaan seperti P. Maniam.
Belum pun sempat wisel permulaan Final Piala FA 1991 dibunyikan, pasukan Merah-Kuning telah pun diselubungi beberapa isu. Pertama, isu hukuman yang dikenakan oleh FAM terhadap FAS, selepas penyokong Selangor membaling mercun ke arah bangku pemain Sabah dan bom asap ke dalam padang tidak berapa lama sebelum Perlawanan Akhir Piala FA 1991 berlangsung.   
Selain itu, berita angin bahawa khidmat penjaga gol yang pernah menganggotai skuad Czechoslovakia dalam Piala Dunia 1982, Karel Stromsik – yang menjadi pemain kesayangan peminat Selangor – tidak lagi diperlukan FAS, menimbulkan kemarahan peminat. Kain rentang dan sepanduk digantung setiap kali perlawanan berlangsung, bagi menyuarakan rasa tidak puas hati peminat setia Selangor FA.
Perak FA pula, selaku pasukan pilihan, tampak lebih meyakinkan, dengan jurulatih terpaksa berdepan masalah memilih kesebelasan utama daripada kalangan bintang skuad ‘Kejor Yeop Kejor’. Dengan adanya barisan bintang seperti Azizol Abu Haniffah, P. Ravindran ‘Kinta Express’, Nidzam Adzha Yusoff, Jang Jung, Aung Naing dan Kwi Lyin, pastinya menggerunkan pihak lawan.
Dengan Aung Naing di sebelah kiri dan Nidzam Adzha Yusoff di sebelah kanan; di samping Azizol ‘The Legendary Jijon’ Abu Haniffah yang mengetuai bahagian perancang serangan, membuatkan barisan tengah dan pertahanan Selangor terpaksa bekerja keras. Meskipun skuad Seladang mengawal permainan, Selangor berjaya mengekang kepantasan corak permainan musuh tradisinya itu, hasil kerja keras P. Dharmalingam dan Ghani Ali.
Ketika separuh masa perlawanan, penyokong Perak yang membanjiri stadium, mula menyanyikan lagu ‘Ipoh Mali Tala Sombong’ dengan penuh bersemangat. Suasana ini mengimbau kembali kenangan Final Piala FA 1990.
Ketika waktu permainan berbaki hanya 15 minit dan kebanyakan penonton sedang menjangkakan masa tambahan akan diberikan, gol bersejarah buat skuad Merah-Kuning pun muncul. Pada minit ke-75, ketua pasukan Selangor FA, Ismail Ibrahim berjaya memecah kebuntuan apabila menjaringkan gol penuh dramatik untuk memastikan kejayaan mutlak Piala FA 1991 menjadi milik Selangor.
Ismail yang melihat penjaga gawang Perak, Chong Kim Boon, agak terkeluar daripada kedudukannya, melepaskan rembatan kencang dari sudut sukar, meskipun pada asalnya kelihatan seperti mahu melakukan hantaran kepada P. Maniam. Itu merupakan ajringan pertama Ismail yang juga bekas pemain Johor FA, untuk Selangor FA pada musim 1991.
Penyokong Merah-Kuning yang asalnya agak diam sepanjang perlawanan, kembali melaungkan sorakan gempita, meraikan kejayaan membalas dendam terhadap Final Piala FA 1990.
Pengurus Perak FA, mendakwa bahawa pengadil, Nazree Abdullah dari Pulau Pinang mengamalkan pengadilan berunsur berat sebelah, sehingga menyebabkan skuad ‘Kejor Yeop Kejor’ terpaksa beraksi menentang ‘12 orang pemain (termasuk pengadil)’.
Sementelahan, Pengurus Selangor FA ketika itu, Dr Nordin Selat, menyatakan bahawa setiap pemain Merah-Kuning akan menerima ganjaran bonus sebanyak RM10,500. Selaku juara, Selangor menerima wang ganjaran sebanyak RM100,000 manakala Perak selaku Naib Juara, menerima sebanyak RM75,000. Kejayaan ini tambah manis apabila Selangor berjaya melayakkan diri ke Final Piala Malaysia 1991, sebelum tewas kepada jagoan Selatan yang dibintangi oleh Ervin Boban, Alistair Edwards, Abbas Saad dan rakan-rakan.
  • Pemain Selangor FA: Karel Stromsik, A. Jayakanthan, P. Somasundram, Adam Abdullah, Robert Dunn, Zainal Nordin, Ghani Ali, Malek Rahman, Ismail Ibrahim, P. Maniam, K. Gunalan, dan P. Dharmalingam;
  • Pemain Perak FA: Chong Kim Boon, Nidzam Adzha Yusoff, Kyi Lwin, P. Ravindran, Aung Naing, Jang Jung, A. Chandran, Ahmad Soffian Zulkifli, Abdul Rais Abdul Rashid, Zulkifli Mansor, Zaidi Napiah, dan Azizol Abu Haniffah;
  • Pengadil: Nazri Abdullah (Pulau Pinang).   
---------------------------------------------------------------
Sumber dan rujukan:
  1. https://www.facebook.com/pages/Kelab-Jersi-Kita/102781643230951;
  2. http://www.facebook.com/ahmadjohari.yeopaziz;
  3. http://www.facebook.com/norazmi.mahmood?fref=ts;
  4. http://www.czechsoccernet.cz/suvenyry/postcards-czechteam_1982.asp;
  5. Akhbar New Straits Times;
  6. Akhbar Berita Harian;
  7. Majalah Arena Bola Sepak.

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...