Selasa, Januari 28, 2014

Seminar Pemerkasaan Aqidah dan Bengkel Persada di Sekretariat ABIM Selangor.


Dapatkan Segera! Majalah I (Edisi Mac 2014),
menampilkan Ustaz Mohd Naim Mohd Noor
,
berbicara mengenai "Mengenali Al-Kitab,
Memelihara Akidah", pada muka surat 91.

Seminar Pemerkasaan Aqidah dan Bengkel Persada di Sekretariat ABIM Selangor.
Alhamdulillah, pada tanggal 25hb Januari 2014M bersamaan 24hb Rabiulawal 1435H, sekitar jam 9 pagi, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Selangor telah menganjurkan ‘Seminar Pemerkasaan Aqidah di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam’ dan ‘Bengkel Persada di Sekretariat ABIM Selangor’.
Seminar Pemerkasaan Aqidah yang dianjurkan di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam menyaksikan Ybhg. Ustaz Mohd Naim Mohd Noor (Timbalan Presiden ABIM) tampil mengutarakan pandangan dan pencerahan sebelum wakil daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hadir memberikan penerangan kepada para hadirin.
Sementelahan, pada sebelah petangnya, Bengkel Persada telah dianjurkan di Sekretariat ABIM Selangor, yang terletak di No. A-3-6 Pangsapuri Mutiara Anggerik, Jalan Tukul Seksyen 15, Q15/Q, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Penolong Setiausaha ABIM Pusat yang turut memegang portfolio Media, Saudara Ahmad Fahmi Samsuddin. Usai program tersebut, sesi ‘Penyerahan Dana Dakwah dan Kaderisasi ABIM Daerah Selangor’ turut dijalankan, di mana agihan dana secara sama banyak diberikan kepada setiap daerah yang mempunyai cawangan ABIM.
Diharapkan, semoga program yang bermanfaat ini dapat mengakarumbikan kecaknaan para setiausaha daerah serta Exco ABIM di peringkat negeri Selangor berkenaan prosedur serta urusan yang berkaitan dengan organisasi yang diwakili serta peraturan yang termaktub di bawah Pendaftar Belia (ROY).
MEMBINA DAN MENGGERAK GENERASI KHAYRA UMMAH.
Takbir.
.

Seputar perlawanan PDRM FA menentang Pulau Pinang FA.

Seputar perlawanan PDRM FA menentang Pulau Pinang FA.
Masa penuh: Polis menang, 5-1 (Bobby Gonzalez, Mohd Fadhil Hashim, Shahril Izwan, Ali Ashfaq, Chad Souza - Yong Kuong Yong). Tahniah serta moga Polis FA terus maju dan maju lagi. Terima kasih juga, buat Abg Azman Adnan dan Abg Dollah Salleh yang sudi belanja makan. Alhamdulillah.
Namun, saya sedikit terkejut apabila mengetahui tidak berapa lama selepas sama-sama menikmati hidangan, Abg Dollah Salleh telah mengalami serangan jantung. Merupakan Ketua jurulatih PDRM FA, beliau kemudiannya selamat menjalani rawatan kaedah  ‘angioplasty’ di Pusat Perubatan Sime Darby, Kuala Lumpur, lewat petang keesokan harinya.
Semoga Abg Dollah dan kita semua dikurniakan kesihatan serta kesejahteraan oleh ALLAH SWT. Amin dan in sya ALLAH.

.

Tragedi megi sup kari pedas, sepiring cili Monodon dan cerita ‘Cameron’ tidak ke Piala Dunia.

Tragedi megi sup kari pedas, sepiring cili Monodon dan cerita ‘Cameron’ tidak ke Piala Dunia.
* Nota: Sesiapa yang berkelapangan, setiap Jumaat, pukul 10 malam, Sahabat Kelab Jersi Kita (KJK) ada menganjurkan perlawanan futsal di The Challenger Sports Centre, berhampiran Tol Batu 9, Lebuhraya Cheras-Kajang.
Terbuka kepada semua, sahabat sekalian dijemput hadir bersama kasut futsal masing-masing. Nak ngeteh saja pun boleh.
.

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...