Isnin, Mac 17, 2014

Perlawanan Persahabatan: Kaysixtynine lawan Kelab Jersi Kita (KJK).

Bola padang, kasut ‘Shaolin Soccer’ dan penjaring cilik.
Alhamdulillah, pada 16hb Mac (Ahad), Kelab Jersi Kita (KJK) telah berkesempatan mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan dengan Kelab K69. Perlawanan dimulakan pada jam 9 pagi di Padang C, MARDI, UPM Serdang. Terima kasih diucapkan kepada semua pemain KJK dan Lempoyang FC yang sanggup beraksi walaupun menyedari hampir sebahagiannya sudah lama tidak turun ke padang dan juga bergandingan buat kali pertama sebagai sebuah pasukan. Kalian semua adalah hero pagi semalam meskipun keputusan perlawanan amatlah tidak memihak kepada KJK.
Matlamat utama; iaitu berkumpul bersama sebagai satu pasukan telah tercapai. Walaupun sebelum ini ada yang tidak kenal antara satu sama lain. Apa yang penting ialah kesanggupan memberi kerjasama dan memberikan aksi yang termampu oleh kita, berbanding pasukan lawan (K69) yang ternyata cukup bersedia dan serasi dengan permainan bola padang.
Sekalung penghargaan buat Bro Jabal Noor yang mengusul serta mengusahakan perlawanan ini untuk menjadi kenyataan. Terima kasih juga buat Bro Edy Kamarudin selaku wakil K69 kerana sudi menerima pelawaan dari kami semalam. Ternyata, K69 adalah pasukan yang bagus dan tersusun. (Jangan serik kalau kami ajak lawan lagi nanti. Hi hi).
Tahniah kepada penyerang cilik yg menyumbang satu gol semalam, kami doakan adik... (nama dirahsiakan) akan berkembang kerjaya bolasepaknya pada masa akan datang.
Bersama memartabatkan jersi serta liga tempatan kita. Padu!
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...