Selasa, Mac 11, 2014

Siri 2: Dokumentasi Sejarah ‘Malaysia Life Line for Syria’ (MLLFS)

“Jangan tengok, wahai anak patungku! 
Semua yang menakutkan ini akan 
berakhir dengan segera…” 
Inilah keadaan anak-anak 
Syria sekarang ini...
Anak kecil ini berasal dari Idlib. Di sebelah anak kecil ini bukan sahaja kasut beliau, tetapi juga kakinya. Anak ini dalam keadaan terkejut sehingga tidak mampu merasa sakit, berlumuran darah di bumi Syria.
 
Ketua Biro Tugas-Tugas Khas ABIM 
merangkap CEO MLL4S, 
Saudara Syahrir Azfar Saleh.
Logo Malaysia Life Line
For Syria (MLLFS).
Dokumentasi Sejarah ‘Malaysia Life Line for Syria’ (MLLFS)
Pada tanggal 12hb Disember 2012, sekurang-kurangnya 638 orang telah terkorban akibat serangan jet pejuang kerajaan mereka sendiri, manakala 17 mayat dijumpai di pinggir bandar Damsyik (ibu kota), 5 lagi ditemui di luar bandar Hama. Mereka dijumpai dengan kesan deraan yang teruk kemudian ditembak mati.
Beberapa kawasan di bandar Damsyik, khususnya kawasan pinggir Bandar, telah dihujani serangan bom daripada jet pejuang kerajaan mereka sendiri. Di Bandar Daraa, Hama dan Idlib juga, rakyat telah menerima nasib yang sama. Di Halab, mereka diserang teruk dengan serangan roket, peluru berpandu dan kereta kebal menyebabkan banyak kematian dan kecederaan. Tidak terkecuali juga, serangan turut dilakukan di bandar Deirzour.
Sementara itu, pada 13hb Disember 2012, pihak ‘Malaysia Life Linefor Syria’ (MLLFS)  telah menerima satu mesej daripada sahabat sukarelawan MLL4S yang sedang berada di Idlib, Syria. Butiran dalam mesej tersebut adalah seperti berikut: “Sepertimana yang kalian tahu mengenai cuaca di sini, kami memerlukan selimut secepat mungkin, dan yang terbaru, regim Syria telah menyekat semua lori yang membawa gandum daripada memasuki Aleppo dan kawasan pedalaman. Kami sedang berhadapan dengan kekurangan makanan asasi seperti roti. Ini adalah akaun Skype saya (soohub1991)”.
Pada waktu tersebut, jumlah sumbangan kepada MLL4S telah menghampiri RM100,000. Alhamdulillah, sumbangan rakyat Malaysia untuk misi kemanusiaan kedua MLL4S (yang dirancang untuk dijalankan pada bulan Februari 2013) tidak putus-putus tiba.
Ketika ini juga, telah tersebar perkhabaran daripada sukarelawan MLL4S bahawa tentera regim Bashar Assad pernah menyerbu rumah-rumah rakyat Syria sambil bertanyakan soalan yang aneh; “Kami mencari ‘tentera berjubah putih dan berkuda’! Di mana mereka bersembunyi?!”. Juga diceritakan bahawa setiap kali demonstrasi aman pada hari Jumaat, hujan akan turun menyebabkan keadaan demonstrasi sejuk dan tidak panas meskipun terdedah kepada terik mentari. 
Bukan sahaja rakyat Malaysia, masyarakat Muslim dari Amerika, Australia dan United Kingdom turut menghantar bantuan kepada rakyat Syria. Antaranya ialah menerusi United Muslim Relief, yang merupakan sebuah pertubuhan yang membekalkan bantuan kemanusiaan dan pembangunan kepada masyarakat yang memerlukan di seluruh dunia.  

16hb Disember 2013: Rangking kos hidup
tertinggi di Negara-negara Arab
(dalam rancangan Khawatir).
Pada 15hb Disember 2012, pihak MLL4S telah mendapat perkhabaran daripada sahabat di Damsyik bahawa harga gas setong telah melambung kepada 2000 Lera (lebih kurang RM130), manakala roti (makanan asasi orang Arab) semakin sukar untuk didapati dan harganya sangat mahal. Krisis ini semakin meruncing kerana kebanyakan rakyat Syria sudah tidak bekerja dan bekalan elektrik selalu dipotong. Selain daripada itu, banyak keluarga terpaksa keluar dari rumah masing-masing dan berlindung di kawasan yang lebih selamat.

Tin susu formula untuk bayi dan
kanak-kanak telah dibeli oleh
Saudara Sohib Edris.
 
Melihatkan kepada keadaan yang semakin serius, pada 18hb Disember 2012, sebanyak 211 tin susu formula untuk bayi dan kanak-kanak telah dibeli oleh Saudara Sohib Edris (Sukarelawan MLL4S yang bertugas di Syria untuk menghantar bantuan kemanusiaan) hasil daripada sumbangan yang diberikan semasa misi kali pertama MLL4S sebanyak 2,270 Turkish Lira (bersamaan dengan 967 Euro). Susu ini akan diedarkan di kawasan Alsakhur, Albab, dan Aleppo.


Sekitar Disember 2012, Kem Pelarian Syria
telah dilanda banjir.

Suhu di kawasan sekitar sempadan Turki-Syria pada ketika tersebut adalah di bawah kosong darjah Celsius (0°C). Cuba bayangkan kita di sana: sedangkan di Genting Highland yang sekitar 20-25°C sekalipun kita belum tentu mampu bertahan, bagaimana pula mereka di Syriua? Dan, satu perkara yang perlu kita tahu, ketika musim sejuk, secara normalnya perut akan cepat berasa lapar kerana badan memerlukan ‘bahan bakar’ untuk memanaskan badan.
Satu demi satu ujian ALLAH SWT kepada mereka masyarakat yang bertuah dan terpilih ini. Sekitar Disember 2012, Kem Pelarian Syria telah dilanda banjir. Pengajaran di sini ialah: 1) ALLAH SWT hanya menurunkan cubaan ke atas mereka yang mampu memikulnya; 2) memberi pengajaran kepada orang lain untuk bersyukur dengan nikmat yang ada; 3) memperlihatkan siapa yang benar-benar bersyukur dengan membantu mereka yang ditimpa musibah.
Kita di Malaysia hujan, di sana pun hujan. Cuma, yang membezakan hujan di sana ialah; hujan turun ketika musim sejuk dan ‘hujan bom’ daripada kerajaan mereka sendiri. Kini, mereka terpaksa menjadi pelarian di negara mereka sendiri. Kematian sentiasa mengejar mereka, kalau pun tidak terkena serangan regim Basyar, sejuk dan lapar sentiasa menemani mereka. Kita mampu memberi sedikit sinar kepada mereka.

Bersambung....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...