Isnin, Mac 10, 2014

Wakil Kelab Jersi Kita di Majlis Pelancaran Kempen #syrianeedsyou.



Kelab Jersi Kita, diasaskan dengan matlamat 
untuk menyuburkan minat rakyat Malaysia terhadap 
koleksi jersi bolasepak pasukan/kelab tempatan.

Ketua Biro Tugas-Tugas Khas ABIM 
merangkap CEO MLL4S, 
Saudara Syahrir Azfar Saleh

Wakil Kelab Jersi Kita di Majlis Pelancaran Kempen #syrianeedsyou.
Alhamdulilah, pada 9hb Mac 2014 (Ahad), wakil Kelab Jersi Kita (KJK) berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Kempen #syrianeedsyou yang dianjurkan di Hotel Laman Seri, Seksyen 13, Shah Alam. Seperti yang kita sedia maklum, Kelab Jersi Kita (KJK) akan membuka ‘booth’ pameran dan jualan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 15hb Mac 2014 (Sabtu) ini.
Antara jersi yang dipamerkan di ‘booth’ KJK ialah jersi nadir (rare) pasukan-pasukan liga bola sepak Malaysia dari era Semi-Pro sehinggalah sekarang. Booth ini dibuka bersempena ‘Program Pidato Keamanan dan Pelancaran Kempen #SYRIANEEDSYOU’ yang dianjurkan oleh ‘Malaysia Life Line for Syria’ (MLL4S).
Berikut adalah beberapa aktiviti yang sedang dirancang sepanjang hari dari pagi sehingga program kemuncak pidato keamanan pada waktu malam: Pidato keamanan, ‘flash mob’, gerai jualan dan pameran, derma darah, pameran autoshow (motor dan kereta), ‘hi-tea’ dan lelongan barang oleh artis-artis Usrah Fitrah, persembahan pentomen, aktiviti ‘Kids for Syria’, makan tengahari amal bersama anak-anak yatim dan anak-anak Syria, program basuh kereta amal dan banyak lagi aktiviti-aktiviti lain. 
Sekadar makluman, MLL4S merupakan sebuah badan gabungan yang menaungi 8 buah NGO dengan matlamat menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria yang memerlukan. Dilancarkan pada November 2012, misi MLL4S kali pertama telah berjaya dijalankan pada 27hb November hingga 3hb Disember 2012.
Misi yang diketuai oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan disertai oleh beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain seperti Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Gabungan Selamatkan Syria (GSS), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Pertubuhan Sinar Damsyik (PERSIDAM), Syrian Youth Assembly in Malaysia (SYAM) dan Malaysia Social Media Foundation (MSMF) telah menghantar bantuan bernilai RM400,000 kepada rakyat Syria di kawasan Atmeh, Idlib.
Ketika majlis pelancaran petang semalam, Ketua Pengarah Eksekutif Malaysia Life Line For Syria (MLL4S), Saudara Syahrir Azfar dalam ucapannya menyatakan bahawa pihak MLL4S begitu menyenangi kerjasama dan penyertaan banyak pihak daripada pelbagai segmen pertubuhan dan masyarakat dalam karnival kali ini. Untuk rekod, antara pameran dan jualan yang dijalankan ketika karnival pada Sabtu ini ialah pameran jersi langka bola sepak Liga Malaysia, pameran oleh Kelab Mini Cooper, Kelab RD Malaysia dan lain-lain lagi.
Saudara Syahrir juga menjelaskan bahawa MLL4S sudah dikenali ramai dan diperakui sebagai pertubuhan yang boleh dipercayai dalam memegang amanah penyumbang dana untuk disumbangkan kepada rakyat Syria. Selain sumbangan yang disampaikan sendiri ke bumi Syria secara berkala dan konsisten, MLL4S (dengan kerjasama beberapa badan lain) turut telah membuka kilang roti dan pusat perubatan yang disediakan untuk rakyat Syria.
Sementara itu, Saudara Naim Jusri, Ahli Majlis (Perwakilan Zon 7), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pula menekankan bahawa MBSA begitu berbesar hati untuk menyokong program Karnival #syrianeedsyou ini apabila mengenakan kadar sewaan minimum untuk Stadium Malawati, Shah Alam.
Selain ucapan dan majlis jamuan, tentatif program turut diisi dengan tayangan video suasana terkini di Syria, selain persembahan lagu ‘Syria Berdarah’ yang didendangkan oleh penerbit daripada TV AlHijrah,  yang dimulakan pada jam 3 petang ini berlangsung secara santai dengan baik sehingga kira-kira pukul 6 petang. Alhamdulillah.
Bersama kita martabatkan jersi serta liga tempatan kita. Padu!
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...