Isnin, Mei 05, 2014

4hb Mei 2014: Perlawanan Amal KJK lawan PFA FC di Shah Alam.

Perlawanan Amal Persahabatan: 
KJK FC, 6-1, Proficient FA.
Alhamdulillah, Kelab Jersi Kita (KJK) telah mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan amal dengan Proficient FA (PFA) di Padang Telekom, Seksyen 17, Shah Alam. Perlawanan berlangsung pada kira-kira jam 10.00 pagi; pada tanggal 4hb Mei 2014 (Ahad). Perlawanan ini juga dianjurkan dengan tujuan mengutip dana bagi Akademi Bola Sepak PFA yang mempunyai ramai anak kecil dan remaja yang turut bertanding dalam Liga 1MalaysiaCardiff City (1MCC). Syukur, semuanya berjalan dengan baik. Beberapa buah lagi perlawanan bola sepak persahabatan antara KJK FC dengan beberapa buah pasukan akan dijalankan pada bulan Mei dan Jun. Semoga semua urusan dipermudahkan oleh ALLAH SWT. Amin dan in sya ALLAH. Bersama memartabatkan jersi dan liga tempatan kita. Padu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...