Jumaat, Mei 09, 2014

ABIM hantar wakil ke Mesyuarat PEMADAM Kebangsaan 2014.

Logo 
Presiden ABIM:
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan.
Naib Presiden ABIM merangkap 
Pengerusi MLL4S: Saudara 
ABIM hantar wakil ke 
Mesyuarat PEMADAM Kebangsaan 2014.
Alhamdulillah, pada 7hb Mei 2014 (Rabu), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menerusi Naib Presidennya, Saudara Jufitri Joha telah menghadiri mesyuarat Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) yang telah dipengerusikan oleh Dato’ Wira Mohd Johari Baharum, Yang Dipertua PEMADAM Malaysia. Menurut Saudara Jufitri, 2015 adalah sasaran Malaysia bebas dadah, tetapi nampaknya, fakta-fakta mengenai penggunaan dadah oleh generasi muda amat menyedihkan dan menggerunkan.
ABIM bertegas agar Kerajaan tidak lagi menghalalkan penganjuran festival-festival muzik yang melalaikan kerana di situlah ‘budaya’ hedonisme datang dengan pakej hiburan-dadah-pergaulan bebas. Menurut beliau lagi, kita tidak mahu lagi kehilangan sumber potensi generasi muda disebabkan semua ini.
Untuk rekod, Ibu Pejabat PEMADAM Kebangsaan terletak di No. 8, Jalan Ledang, 50480 Kuala Lumpur. Tujuan Persatuan itu ditubuhkan ialah untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta agensi-agensi mereka dan lain-lain badan dalam usaha untuk menghapuskan pengeluaran dan perniagaan dadah yang menyalahi undang-undang dan penggunaannya dalam apa-apa bentuk.
Selain itu, ia juga ditubuhkan untuk membasmi serta menjalankan penyelidikan mengenai penggunaan dadah dan untuk membantu bekas-bekas penagih dadah melalui jagaan lanjutan. PEMADAM juga diasaskan untuk menyedarkan masyarakat akan bahaya penggunaan dadah dan melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah serta bekerjasama dengan persatuan-persatuan dan badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan persatuan tersebut.
PEMADAM turut bermatlamatkan untuk melancarkan kegiatan-kegiatan persatuan itu dalam peringkat negeri dan daerah dan memberi galakan serta bekerjasama dengan persatuan-persatuan dan badan-badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan persatuan tersebut. 
Penaung bagi PEMADAM Kebangsaan ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan Penaung bagi persatuan daerah dalam sesuatu negeri dan bagi jawatankuasa penyelaras negeri ialah Yang Amat Berhormat Menteri Besar atau Ketua Menteri Negeri itu, mengikut mana yang berkenaan.
Berkenaan dengan isu penyelahgunaan dadah di Malaysia, Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah berkata, sangat penting bagi organisasi antarabangsa dan masyarakat bekerjasama bagi mengenal pasti serta mengemukakan mekanisme menangani cabaran dadah dan penyalahgunaannya yang semakin kompleks.
Dalam usaha ini, kerajaan Malaysia memainkan peranan serius memerangi dadah serta memberi keutamaan kepada pencegahan masalah itu. Salah satu kaedah mencapainya ialah dengan menggalakkan penyertaan komuniti dalam program pencegahan dan pembasmian dadah,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Persidangan Persekutuan Antarabangsa Pertubuhan Bukan Kerajaan (IFNGO) bagi membasmi dadah kali ke-24.
TS Muhyiddin berkata, sejak sekian lama, kerajaan mempunyai hubungan erat dengan NGO bagi mendekati dan mendidik masyarakat mengenai bahaya penyalahgunaan dadah selain mempromosikan kesedaran di peringkat akar umbi.
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Saudara Mohamed Maliki Mohamed Rapiee pernah mengulas bahawa jika benar-benar  kerajaan  menjadikan dadah sebagai musuh nombor satu negara, maka tindakan dan strategi perlulah secara menyeluruh.  “Lihat sahaja kejayaan kerajaan menangani  ancaman Komunis suatu masa dulu. Pelbagai usaha dilakukan termasuklah menanamkan perasaan benci Komunis, pembukaan petempatan baru,  meningkatkan keupayaan ketenteraan dan sebagainya. Perang terhadap dadah perlu melibatkan semua lapisan bermula dalam lingkungan keluarga, institusi sosial, pendidikan, kerjaya dan  antarabangsa,” tegas Saudara Maliki lagi.
---------------------------------------------------------
Sumber:
  1. https://www.facebook.com/pages/Pemadam-Pasir-Gudang/428342540630519?ref=stream&hc_location=timeline;
  2. http://ipspemadam.blogspot.com/;
  3. http://belia.org.my/wp/?p=3094;
  4. https://www.facebook.com/jufitri?fref=nf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...