Jumaat, Ogos 22, 2014

MH17: Hari ini, Malaysia bersatu.


I
MH17: Hari ini, Malaysia bersatu.
22hb Ogos 2014.
Keluarga besar Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) – Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim Pusat) - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) (WAP) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa MH17 yang mana kumpulan pertama jenazahnya tiba di ibu negara hari ini. Kami turut mengucapkan takziah kepada salah-seorang sahabat WAP yang terlibat dalam tragedi tersebut. 
Jenazah Allahyarhamhu Ahmad Hakimi Hanapi (anak kepada Ustaz Hanapi Md. Nor) disolatkan selepas Solat Jumaat (22hb Ogos 2014), di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, dan dikebumikan di Presint 20. 
Ustaz Hanapi Md. Nor merupakan ahli WADAH dan aktivis ABIM ketika zaman mudanya. Beliau memohon agar para sahabat hadir dan berdoa bagi kesejahteraan Almarhum. Beberapa pimpinan ABIM sempat berbuka puasa dengan Hakimi dalam bulan Ramadan yang lalu.
Keluarga Saudara Zulrushdi (mantan YDP ABIM Sarawak) juga memaklumkan dua jenazah ahli keluarganya tiba hari ini dan akan disolatkan dan dikebumikan di Masjid Negeri Sarawak.
II
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju
Rahmat bahagia TUHAN kurniakan
Raja kita selamat bertakhta.
Hari ini kita bersatu hati - tumpang simpati di atas tragedi MH17. Kita doakan keadilan tertegak buat mereka yang terlibat, secara langsung mahupun tidak.
Moga ALLAH mengampunkan dosa-dosa mereka. Merahmati mereka, dipermudahkan segala urusan dan keluarganya diberi kesabaran. Seharusnya, kematian menjadi peringatan yang baik kepada kita yang masih bernyawa.
Semoga kita - rakyat Malaysia - akan terus bersatu, dengan mendahulukan perkara yang utama, demi manfaat bersama. Hidup Malaysia kita. Padu.

Logo Wadah Pencerdasan 
Umat (WADAH)
Presiden ABIM, Presiden WADAH serta 
Sekretariat WADAH yang terletak 
berdekatan dengan Masjid Al-Hasanah, 
Bandar Baru Bangi. 
Logo 

Presiden ABIM:
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan
Juga mantan Presiden PKPIM.

Presiden PKPIM:
Saudara Aliemran Norasid.
Ahli Lembaga Majlis 
Tertinggi KDH.
Logo KDH.
Kepala surat dan logo IPI. 
Kenangan.
KDH dahulunya dikenali sebagai 
Institut Pengajian Ilmu-Ilmu 
Islam (IPI).
Sekitar 
III
Sekilas tentang WADAH-ABIM-PEPIAS
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditubuhkan pada 6hb Ogos 1971 di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hasil beberapa pertemuan generasi pengasas ketika itu. Pengerusi penaja rasmi ketika itu ialah Ustaz Abdul Wahab Zakaria dan Fauzi Abd. Rahman (sekarang Dato’) sebagai Setiausaha Agung. ABIM merupakan sebuah badan bukan kerajaan Islam yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan pada 17hb Ogos 1972 di bawah Akta Pertubuhan 1966.
Cita-cita utama ABIM ialah bagi menyumbang secara proaktif pembinaan sebuah masyarakat Islam yang mampu menjadi teras terhadap proses pembinaan negara bangsa Malaysia yang utuh di dalam pelbagai aspek kehidupan. Bagi mencapai cita-cita tersebut, ABIM telah menumpu banyak usaha membangun kerangka faham masyarakat terhadap agama Islam sebagai satu bentuk cara hidup yang menyeluruh serta mempertegaskan prinsip-prinsip masyarakat madani di dalam segala aspek kemasyarakatan, perundangan dan kenegaraan.
Sementara itu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31hb Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29hb September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Cita-cita PKPIM untuk melahirkan golongan pelajar yang memahami Islam sebagai cara hidup yang syumul dengan pendekatan berhikmah merangkumi di peringkat pelajar dan selepas zaman pelajar. Justeru itu bagi memastikan wujudnya kesinambungan perjuangan dan keperluan kepada satu pergerakan yang stabil dan bersifat jangka panjang, maka Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditubuhkan pada tahun 1971 dalam Muktamar PKPIM ke-10.
Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) pula ditubuhkan bagi memanfaatkan pengalaman intelektual dan lapangan bekas aktivis ABIM. WADAH masih mengekalkan hubungan erat dengan ABIM bagi meneruskan tradisi belia yang berperanan sebagai jurubicara ummah. Visi Wadah ialah pemerkasaan umat yang berwibawa dan kompeten berasaskan petunjuk al-Kitab dan al-Hikmah menerusi peningkatan kesedaran dan kecerdasan daya fikir mereka melalui pengembangan literatur yang bermutu, perbahasan dan wacana ilmu yang berkualiti serta pernyataan pandangan yang jelas dan tegas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...