Khamis, Disember 31, 2015

ABIM ANJUR KARNIVAL SUKAN PERPADUAN 2015.

ABIM ANJUR KARNIVAL SUKAN PERPADUAN 2015.
29hb Disember 2015 (Selasa): Alhamdulillah, ABIM dengan kerjasama Friendship Group for Interfaith Service (FGIS) telah menganjurkan Karnival Sukan Perpaduan 2015 di Sports Arena Sentosa, Kuala Lumpur.
Karnival Sukan Perpaduan diadakan sempena sambutan Hari Sukan Negara yang dianjurkan oleh ABIM kali ini amat menarik kerana melibatkan penyertaan inklusif belia seramai 80 orang belia.
Program yang disertai oleh belia daripada pelbagai latar agama dan bangsa ini, bertujuan memupuk perpaduan serta persaudaraan sesama peserta yang terlibat. Karnival ini melibatkan dua acara -- futsal dan bola jaring; yang dipertandingkan dengan semangat kesukanan serta sifat muhibah yang disemai dalam jiwa para peserta.
ABIM Pusat turut menghantar pasukan untuk bertanding, yang diketuai oleh Presiden, Saudara Haji Mohamad Raimi Ab. Rahim. Terima kasih buat Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai rakan strategik dalam program ini, disamping penglibatan rakan-rakan dalam Friendship Group for Inter-Religious Services (FGIS); Qowiyy SRC; serta HelwaFit.
Semoga dengan penganjuran acara seperti ini dapat mengeratkan lagi tali silaturahim dan perpaduan antara rakyat Malaysia. Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Ayuh; amalkan gaya hidup sihat!
_____________________________________
Hasbunallah wanikmal wakil...
Ayuh; sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Salurkan infaq anda ke akaun ABIM : Bank Islam – 1402-3010-0112-19
ATAU
Melalui sumbangan atas talian yang disediakan oleh syarikat billplz.com :https://billplz.com/form/infaq-abim
ATAU
Sumbangan bulanan melalui auto debit : Whatsapp/SMS ke 013-2226057 butiran seperti Nama dan Alamat untuk urusan pengeposan borang Auto Debit.
_____________________________________
Sila “Like”, “Follow” dan “Share” Halaman FB: Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM):
https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia/?fref=ts
_______________________________________
Hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui:
Tel: +6019-2881300/ 019-3836700 / +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
Email: sap@abim.org.my
Website ABIM: http://www.abim.org.my/
Twitter ABIM: https://twitter.com/ABIM_24
Telegram ABIM: https://telegram.me/abim24
Youtube: https://www.youtube.com/user/mediabim
______________________________________
Sekretariat ABIM Pusat terletak di: No.6, Jalan TC 2A/2, Tmn Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur.
(Berhampiran Stesen LRT Taman Gombak dan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Kuala Lumpur).

.

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...