Rabu, Mac 18, 2015

Retro Bola Sepak Malaysia.

28hb Jun 1970: Malaysia 2, Korea Selatan 0.
Skuad kebangsaan telah muncul juara kejohanan Ulangtahun Jakarta selepas menundukkan Korea Selatan dalam aksi akhir. Kemenangan ini agak bermakna kerana ketika itu, kejohanan tersebut baru diadakan buat julung kalinya. Muncul sebagai penyandang sulung trofi, gol-gol Malaysia disumbangkan oleh Wong Choon Wah dan Ibrahim Mydin.

Haria Penang Haria.
Gambar nostalgia pasukan Pulau Pinang yang menggondol Piala Emas Raja-Raja pada 1969. Selangor adalah pemenang pertama kejohanan ini, yang diadakan pada tahun 1926. Pada ketika itu, kejohanan tersebut dikenali sebagai Piala Emas Sultan-Sultan.

Man Turn dan Alistair.
Coach Azman, ketika beraksi untuk Selangor pada tahun 1994 di Stadium Merdeka. Secara purata, kehadiran penonton ketika itu ialah seramai 30,000 orang setiap perlawanan. Pada 1992, Azman menjaringkan 22 gol untuk KLFA. Alistair Edwards pula, yang kini membimbing Real Mulia selaku Pengarah Teknikal, merupakan penjaring terbanyak Divisyen Satu Australia pada 1993. Bersama martabatkan jersi serta liga tempatan kita. Man Turn, Man Score. Padu dan Grande; selamanya.

Datuk Ong Kim Swee.
Anak Melaka yang menyerlah bersama Sarawak dan Sabah. Pernah beberapa kali menyarung jersi kebangsaan, beliau berjasa bukan sahaja sebagai pemain, tetapi jurulatih yang membawa Malaysia mengekalkan pingat emas Sukan SEA pada 2011. Semoga kita tidak mensia-siakan keringat dan sumbangan beliau. Bersama martabatkan jersi dan liga tempatan kita. Padu dan Grande; selamanya.

Kisah sedih seorang pemain hebat.
Allahyarhamhu Zaid Jamil, abang kepada bekas pemain kebangsaan, Nidzam Jamil (juga pengulas Astro Arena). Zaid, meninggal dunia dalam satu nahas jalan raya pada 1994, ketika berada pada kemuncak kerjaya pada umur 27 tahun. Mencipta kerjaya gemilang bersama skuad kebangsaan, DBKL dan KLFA. Antara pertahanan terbaik sepanjang zaman Malaysia dan Selangor, beliau terkenal dengan corak permainan konsisten dan 'combative'. Zaid telah pulang ke ‘kampung asal’, tapi beliau takkan luput dalam sanubari kita semua. Kita akan menyusuli beliau. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bersama martabatkan jersi serta liga tempatan kita. Padu dan Grande; selamanya.

Selasa, Mac 17, 2015

Selangor Menang 2-0 di Shah Alam: Salam Ulang Tahun, UltraSel!

I
“Bersatu dengan jiwa… Bersatu dengan nyawa…
Julang sumpah setia… SELANGOR selamanya!”
Selangor Menang 2-0 di Shah Alam.
Alhamdulillah, Sahabat Kelab Peminat Azman Adnan (G19) dan Retro Bola Sepak (RBS) berkesempatan menyaksikan perlawanan Liga Super di antara Selangor dan Sarawak di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu, 14hb Mac 2015. Sebelum perlawanan, kedudukan kedua-dua pasukan dalam carta liga untuk empat perlawanan terdahulu menyaksikan Sarawak di tangga ketujuh manakala Selangor kelapan saling berkongsi lima mata hanya dipisahkan dengan kelebihan jaringan gol.
Bagaimanapun, Selangor melonjak ke tangga ke-3 Liga Super selepas berjaya meraih kemenangan 2-0 ke atas Sarawak di Stadium Shah Alam, sekaligus membuka kembali peluang mereka untuk bersaing merebut kejuaraan liga musim ini.
Gol Afiq Azmi (pada minit le-10) dan Fitri Sazwan Raduwan (minit ke-77) cukup untuk membekalkan 3 mata buat Gergasi Merah, seterusnya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan. Selangor yang membenam PDRM, 4-1 turut meneruskan kempen Piala FA setelah menewaskan Felda United FC.
Berikut merupakan senarai penjaring untuk Selangor: Andik (2 gol); Afiq (2 gol); Hazwan (1 gol); Hadi (1 gol); Paula (1 gol); dan Fitri (1 gol).


II
Salam Ulang Tahun, ultraSel!
Selamat ulang tahun ke-5 diucapkan buat gerakan penyokong Selangor yang tegar, ultraSel. Menjelang 17hb Mac 2015, sudah 5 tahun usia pergerakan ini. Kita sedia maklum bahawa ultraSel nermula daripada Ultras Malaya yang mencetus fenomena budaya ultras di Malaysia. Daripada UM'07 lah lahirnya ultras negeri-negeri yang lain termasuk ultraSel.
Terkenang coretan Admin UM’07 ketika awal mereka membuka halaman Facebook rasmi: “…Kerana pada setiap Anak Malaysia, harus ada cinta yang marak menyala. Kami seru semangatmu harimau, bangkitlah kamu dari pembaringan. Love Is A Burning Thing.”
Selamat ulangtahun, ultraSel. Selangor Sampai Mati!

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...