Jumaat, Jun 05, 2015

Malaysia kita; hari ini.

Malaysia kita; hari ini.
Tatkala keputusan Pemilihan PAS Pusat menyaksikan ada ribut dalam cawan yang cuba diredakan, fokus teralih kepada program pertemuan YAB Perdana Menteri dengan NGO bagi menjawab serta menjelaskan persoalan serta isu yang melingkari 1MDB.
Sedang terdapat penghuni laman maya yang memperdebat kemenangan pasukan yang digelar ‘Pro-Ulama’ dan ketewasan ‘Pro-DSAI-PR’, ketidakhadiran DS Najib menimbulkan pelbagai komen dan ulasan pemerhati serta orang awam.
Ramai juga sahabat saya yang memandu dari Selatan dan Utara tanah air, untuk menyaksikan ‘pertembungan’ Tun Dr M dan DS Najib. Kendati, atas sebab keselamatan, program tersebut telah dibatalkan.
Tak banyak yang boleh saya ulas berkenaan pembatalan program tersebut. ALLAH sahajalah yang lebih mengetahui.
Cuma, tertarik pula saya dengan status Fb sahabat yang saya hormati, Abang Raimi Rahim – yang mungkin tiada kaitan secara terus dengan entri ini. Tetapi, cukup bermakna untuk kita renungkan: “Kalau beginilah sikap sahabat, apalah perlunya musuh?”

:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...