Isnin, Disember 28, 2015

JALAN PERJUANGAN YANG PANJANG.

JALAN PERJUANGAN YANG PANJANG.
“Dihimpit sesak ratusan kenderaan yang menderu masuk ditambah kehujanan sepanjang ke Shah Alam, apa lah sangat hendak dibanding dengan keterujaan perlawanan malam Final itu…”
Untuk kami di RBS yang kadang-kala turun ke stadium pun terasa sangat gembira.
Apalagi para penyokong yang berbelanja besar sepanjang tahun, berjauhan dari keluarga dan berkorban banyak perkara -- hanya untuk tidak terlepas memberi sokongan, kepada pasukan yang disayangi.
Menyaksikan kemeriahan para penyokong yang memberi sokongan sepenuh hati kepada pasukan masing-masing, adalah keraian sejati buat bola sepak Malaysia.
Sejak tahun 2002, 4 perlawanan berkesudahan seri, 8 perlawanan dimenangi Selangor dan 11 lagi perlawanan memihak Kedah. Final Piala Malaysia 2015 menyaksikan Gergasi Merah menamatkan penantian panjang sejak 2005, untuk menjulang trofi berprestij tersebut.
Moga isu penswastaan liga, tiket, pengurusan pasukan, jadual liga dan stadium, dapat diselesaikan dan diuruskan dalam tahun-tahun mendatang yang lebih mencabar.
Kalau bekas pemain yang berjasa pun tidak mendapat tiket, banyak lagi yang perlu kita usahakan untuk menyantuni bakti besar mereka.
Ayuh, martabatkan jersi serta liga tempatan kita. Hargailah bekas pemain juga atlet kita.
Kalau bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi? Jumpa lagi di tirai Liga-M tahun depan. Padu & Grande; selamanya!
.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...