Selasa, November 15, 2016

MAJLIS KONVOKESYEN ABIM KINTA BERLANGSUNG MERIAH; 120 ORANG PELAJAR SELAMAT BERGRADUASI!


Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
MAJLIS KONVOKESYEN ABIM KINTA BERLANGSUNG MERIAH; 120 ORANG PELAJAR SELAMAT BERGRADUASI!
Alhamdulilah, Majlis Konvokesyen Taski ABIM Daerah Kinta telah dijalankan pada 13hb November 2016 (Ahad) di Dewan Institut Tadbiran Islam (INTIM), Ipoh, Perak.
Exco ABIM Pusat, Saudara Zairudin Hashim (Che Din) tampil merasmikan majlis yang penuh meriah lagi bermakna ini.
Turut hadir, Saudara Abd Rahman Darus (PSU ABIM Perak); Saudara Mohd Faizal Ramli (Pengerusi, Badan Amal Dan Keluarga ABIM - BAKA); Saudara Ahmad Firdaus Mohd Noor (TYDP ABIM Daerah Kinta); serta Dr. Mior Azman Mior Said (Pengerusi, Lembaga Pengelola TASKI ABIM Daerah Kinta).
Majlis konvokesyen ini diadakan dengan gabungan 10 buah TASKI di bawah ABIM Derah Kinta, di mana seramai 120 orang pelajar selamat bergraduasi.
Semoga anak-anak ini terus cemerlang duniawi dan ukhrawi; bersama semangat pendidikan Darul Hikmah -- bagi melahirkan Khayra Ummah.
Tahniah dan terima kasih diucapkan buat kesemua warga pendidik TASKI ABIM yang berjasa; serta para ibu bapa yang tidak putus memberikan sokongan dan harapan.
Kobar jiwa semangat; julang panji merdeka.
Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...