Rabu, Februari 22, 2017

PIMPINAN ABIM ADAKAN PERBINCANGAN BERSAMA WAKIL GOOGLE DAN KESATUAN EROPAH (EU) DI KUALA LUMPUR.


Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
PIMPINAN ABIM ADAKAN PERBINCANGAN BERSAMA WAKIL GOOGLE DAN KESATUAN EROPAH (EU) DI KUALA LUMPUR.
16hb Februari 2017 (Khamis): Alhamdulillah, hari ini delegasi Kesatuan Eropah (European Union) di Malaysia, telah mengadakan kunjungan hormat ke Sekretariat ABIM Pusat (SAP) di Taman Cemerlang, Gombak.
Antara lain, kunjungan ini diadakan bagi memahami lebih dekat berkenaan sejarah serta gerak kerja ABIM dan agensi, di samping membincangkan kerjasama strategik yang boleh dijalinkan antara kedua belah pihak.
Kesatuan Eropah ialah pertubuhan serantau (regional organisation) yang terbesar di dunia. Pada hari ini, EU mempunyai 28 negara ahli dan beberapa negara lagi yang sedang memohon untuk memasukinya. Jumlah Keluaran Dalam Negeri Kasar setiap negara ahli EU adalah terbanyak di dunia, iaitu 11.6 trilion Euro (AS$15.7 trilion).
Kemudian, delegasi ABIM yang diketuai Presiden, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim, hari ini telah mengunjungi ibu pejabat Google Malaysia, berdekatan KL Sentral, Kuala Lumpur.
Lawatan tersebut bertujuan untuk mengenali dengan lebih dekat, salah-sebuah syarikat teknologi terbesar di dunia, di samping membincangkan peluang kerjasama di antara Google Malaysia dan ABIM, khususnya di dalam bidang pendidikan masyarakat dan teknologi maklumat.
Mengambil inspirasi pejabat induk Google di Mountain View, Amerika Syarikat, pejabat Google Malaysia berkonsepkan santai serta mempunyai unsur keMalaysiaan.
Kini, Google dan gabungannya mempunyai lebih 70 pejabat di lebih 40 negara seluruh dunia. Terdapat lebih 40,000 Googler (warga kerja Google) di sebalik alat yang kita gunakan setiap hari - dari carian hingga Chrome.
Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Sebarkan!
------------------------------------------
Jom, daftar segera sebagai ahli ABIM di sini: 
http://www.abim.org.my/sekretar…/daftar-keahlian-online.html
-----------------------------------------
Sekretariat ABIM Pusat: No.6 Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur.
Hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui:
Tel: +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
FB : Angkatan Belia Islam Malaysia
Website ABIM: http://www.abim.org.my/
---------------------------------------
.

SEPINTAS LALU: MAJLIS KONVOKESYEN KE-22, KOLEJ DAR AL-HIKMAH (KDH), DI KAJANG.


Logo ABIM.

Prof Madya Dato' Dr Siddiq Fadzil
Presiden KDH.

Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman
mantan Presiden ABIM.
Logo KDH.
Kepala surat dan logo IPI. Kenangan.
Sekitar Kompleks Dar al-Hikmah.
SEPINTAS LALU: MAJLIS KONVOKESYEN KE-22, KOLEJ DAR AL-HIKMAH (KDH), DI KAJANG.
19hb Februari 2017 (Ahad): Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Konvokesyen Kali ke-22, Kolej Dar al-Hikmah (KDH), yang dianjurkan di Dewan Semarak Felda, Kajang, Selangor.
Kemudian, KDH dan Institut Darul Ehsan (IDE) telah menandatangani Memorandum Persefahaman sempena Majlis Makan Malam Graduan, Konvokesyen kali ke-22, KDH. Prof Dato' Dr Redzuan Othman (Ketua Eksekutif IDE) dan Tuan Muhamad Khailani Abdul Jalil (Ketua Eksekutif KDH) tampil berjabat erat; usai menurunkan tandatangan pada Memorandum tersebut.
Antara lain, Memorandum ini menyatakan kesediaaan kedua belah pihak, untuk memanfaatkan segala sumber daya bagi mengembang dan memajukan penyelidikan, pendidikan dan ilmu di kedua-dua institusi tersebut. KDH merupakan sebuah gedung ilmu yang terjelma dari nyala semangat memartabatkan pendidikan anak bangsa.
Selain itu, KDH kini mampu menawarkan kualiti pendidikan yang mencapai piawai badan pengakreditasian. Selain menawarkan kursus-kursus profesional KDH membina warganya menerusi penghayatan budaya kolej yang berasaskan nilai-nilai murni keagamaan.
Sementelah, KDH memang selamanya setia dengan iltizam pembinaan generasi terdidik yang berketrampilan dan sekaligus memiliki kesedaran. Dengan ruh perjuangan untuk memartabatkan pendidikan al-Hikmah, warga pentadbir dan pendidik KDH senantiasa memberikan yang terbaik.
Hal ini demikian, demi membolehkan para penuntut di gedung ilmu tersebut, dapat mempelajari ilmu yang seimbang; untuk kecemerlangan duniawi dan ukhrawi, in sya ALLAH. KDH merupakan antara institusi pendidikan ABIM selain TASKI ABIM, SERI ABIM, SEMI ABIM, Tahfiz ABIM dan sebagainya.
Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Sebarkan!
------------------------------------------
Jom, daftar segera sebagai ahli ABIM di sini: http://www.abim.org.my/sekretar…/daftar-keahlian-online.html
-----------------------------------------
Sekretariat ABIM Pusat: No.6 Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur.
Hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui:
Tel: +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
Email: sap@abim.org.my
FB : Angkatan Belia Islam Malaysia
https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia/?fref=ts
---------------------------------------
.


Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...