Jumaat, Mac 03, 2017

SUA ABIM TAMPIL DALAM FORUM NATIONAL TALK 2.0 DI UITM RAUB.

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
SUA ABIM TAMPIL DALAM 
FORUM NATIONAL TALK 2.0 
DI UITM RAUB.
22hb Februari 2017 (Rabu): Alhamdulillah, Setiausaha Agung (SUA) ABIM, Saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz tampil dalam Forum National Talk 2.0, bersama Pensyarah, Saudara Akmal Abdul Rahim, mengupas topik besar, “Demonstrasi: Mahasiswa Boneka Politik?” di Dewan Titiwangsa, UiTM Raub.
Antara objektif program ini adalah untuk menyedarkan mahasiswa tentang merit dan demerit demonstrasi; mengikut undang-undang yang betul. Forum ini juga menjelaskan tentang akta-akta demonstrasi serta Perkara-Perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Terdahulu, pada 19hb Januari 2017, Naib Presiden ABIM, Saudara Mohd Khairul Anwar Ismail serta Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Saudara Jufitri Joha telah membuat pengisian dalam Seminar “Ekstremisme: Realiti dan Penyelesaian”, anjuran UiTM Pahang Kampus Raub, dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) dan Pusat Pengajian Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, Perakaunan dan Undang-undang, di Dewan Titiwangsa UiTM Raub.
Ucaptama disampaikan oleh Sahibul Samahah YH Dato’ Sri Dr. Hj. Abd. Rahman Osman, Mufti Negeri Pahang dan Prof. Dr. Ahmad Fauzi Abd. Hamid, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM.
Ydh. P/DCP Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, menyampaikan ceramah mengenai isu-isu ancaman dan situasi ekstremisme dan kefahaman ideologi ekstremisme. Turut hadir, Ydh. CP Dato' Sri Sharifuddin b. Ab. Ghani, Ketua Polis Pahang.
Para peserta terdiri daripada penuntut UiTM Pahang Kampus Raub serta Amanita IPD Raub. Seminar ini memberi pengenalan kepada ancaman ancaman ekstremisme, di samping memberi kefahaman isu semasa mengenai aktiviti ekstremisme. Turut dikupas berkenaan kesan ancaman ekstremisme terhadap masyarakat serta tindakan pencegahan.
Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Sebarkan!
------------------------------------------
Jom, daftar segera sebagai ahli ABIM di sini: 
-----------------------------------------
Sekretariat ABIM Pusat: No.6 Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur.
Hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui:
Tel: +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
FB : Angkatan Belia Islam Malaysia
Website ABIM: http://www.abim.org.my/
---------------------------------------

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...