Selasa, Mei 09, 2017

BUKU RETRO BOLA SEPAK DI PESTA BUKU, PWTC.


SESI BORAK BOLA: BUKU RETRO BOLA SEPAK (RBS).
7hb Mei 2017 (Ahad): Alhamdulillah, telah berlangsung Sesi Borak Bola, mengupas buku Retro Bola Sepak (RBS) tulisan bersama Exco ABIM, Sdr. Zairudin Hashim (Che Din), dan para Sahabat Retro Bola Sepak.
Turut tampil dalam program ini ialah Sdr. Mohd Syazwan Bajuri (RBS) dan Sdr. Ahmad Muzammil (dari Semuanya BOLA).
Bertempat di Booth Thukul Cetak di Legar Putra (L049-LO51), PWTC, Kuala Lumpur. Rakaman program boleh ditonton pada pautan ini:
Terdahulu, Canna, Careca, Che Din, Le Saux dan Bremner telah menghadiri beberapa sesi autograph buku RBS di sana. Razee tidak dapat hadir kerana berada di Sabah.
* Yang jauh dan tak berkesempatan, boleh juga beli buku ini secara atas talian: hanya perlu whatsapp "BACALAH" ke 017-3632143.
JOM BELI DAN BACA BUKU RETRO BOLA SEPAK!
--------------------
LAMA YANG MAHAL: SINOPSIS BUKU 
RETRO BOLA SEPAK (RBS).
Bola sepak bukan sekadar satu perlawanan. Ia suatu cerita, pengkisahan penghidupan manusia yang amat berikat-rapat dengan dunia bola sepak.
Sesetengah pihak bilang, apa guna diimbau sejarah bola sepak lampau, mengapa perlu diceritakan kembali.
Tapi, yang lebih utama adalah tauladan dan iktibar daripada sesebuah peristiwa bola sepak – Malaysia dan antarabangsa.
Kami di Retro Bola Sepak (RBS) bukan lah ‘otai’, hanya sekadar seumpama lebah. Bunga-bunga di luar sana, barangkali milik tuan-tuan. Di kebun-kebun bunga milik orang lain.
Kami ini sekadar mengekstrak madunya. Nyaman sekitarnya, maka sedaplah madunya. Jadi kelaziman, madu dicuri orang.
Tapi tidak mengapa lah, sebab madu itu barangkali boleh mengubati. RBS sekadar meriwayatkan kisah, namun cerita bola sepak sebenar ada, pada diri kita semua.
Maka, naskah ini kami tampilkan – kurang dan lebihnya untuk tatapan pembaca budiman sekalian. Baik untuk dibuat pedoman, buruk untuk dijadikan sempadan.
Kisah klasik untuk masa hadapan, imbauan Retro Bola Sepak.
Barang lama ditaksir antik, nilainya pasti mahal. Kisah lama ditafsir klasik, tauladan nya juga mahal. Cinta lama kenangan cantik, ingatannya juga mahal.
Sebab yang lama itu memang mahal. Semahal darjat ceritera nya.
Justeru, nantikan naskhah yang cukup ‘mahal’ ini saat terbit dan siap-cetaknya nanti.
Mahal, bukan pada harganya. Tapi pada kandungan isinya, serta keikhlasan para pembaca yang membelinya kelak.
Maka, kami mohon jasa baik dan sokongan semua -- untuk membeli naskah ini.
Sungguh, ‘lama itu mahal; tua itu emas’. Padu dan Grande, selamanya!

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...