Rabu, Julai 05, 2017

KERANDA 152: BERSAMA KITA DAULATKAN BAHASA KEBANGSAAN!

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan

Keranda 152 diusung buat kali pertama,
pada 3hb Mac 1967.
Datuk Dr. Hassan Ahmad (Allahyarhamhu)
dan Pak Samad, dua tokoh pejuang
bahasa tulen.
Gambar atas:
Sdr. Faisal Aziz (ketika itu Presiden PKPIM),
bersama sahabat karibnya, Sdr. Abu Qassim
(Allahyarhamhu). Dua aktivis mahasiswa
yang berjasa.
 
Pada 7hb Mac 2009, Keranda 152
diusung buat kali kedua, simbolik
bantahan dasar PPSMI.
11hb Februari 2016 (Khamis):
Presiden ABIM, Sdr. Raimi bersama
tokoh-tokoh bahasa, mengadap Baginda Sultan
Perak, DYMM Sultan Nazrin.
D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah, Permaisuri Johor
telah berkenan berangkat bercemar
duli ke Majlis Perdebatan di
UTM Skudai.
25hb Februari 2016 (Khamis): Presiden ABIM,
Sdr. Raimi  dan Prof Emiritus Abdullah Hassan,
menyertai “My Great Debate” anjuran Pesuruhanjaya
Tinggi British di UTM, Skudai.
Dato' Dr. Ustaz Siddiq Fadzil, tokoh
ilmuwan dan pejuang turut
menentang PPSMI dan DLP.
Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan
Othman turut membuat pembentangan.
Seminar Hala Tuju Pendidikan Negara Siri 2
di UNISEL, Shah Alam dengan topik "DLP:
Ancaman Pada Dasar Negara".
20hb Februari 2016: Pertemuan di Pejabat
Ketua Puteri UMNO dan Timbalan Menteri
Pelancongan dan Kebudayaan, YB Dato’
Mas Ermieyati Samsudin, di Putrajaya.
24hb Februari 2016 (Rabu):
GMP menemui Presiden PAS, YB Dato' Seri
Ustaz Hadi Awang di Pejabat Agung PAS,
Kuala Lumpur,
20hb Februari 2016 (Sabtu): Pertemuan
dengan Biro Pendidikan AMANAH Nasional, 

di Wisma AMANAH, Taman Wahyu,
Kuala Lumpur.
Pertemuan GMP di bangunan Parlimen,
bersama Ahli Parlimen dan pimpinan
PKR dan AMANAH.
Siri wacana dan forum penerangan
Bantah DLP di kampus dan beberapa
buah tempat di seluruh negara.
Sdr. Hasni Abas, Setiausaha GMP
dan aktivis bahasa, ditemubual oleh
mobTV.my. 
Keranda 152 diusung buat kali ketiga
pada 26hb Mac 2016 di hadapan Masjid Jamek,
Kuala Lumpur, bagi membantah Program DLP.

Pada 9hb April 2016, satu lagi perhimpunan
aman dianjurkan bagi membantah Program DLP
di Padang Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
KAMI BANTAH PPSMI DAN DLP!
Untuk kesekian kali, keranda ini bersemayam tanpa dibiarkan bersemadi ditelan masa. Bukan merengek mohon dibelai. Sekadar ingin menjebat agar maruah serta kehormatan dimartabatkan seadil-adilnya. Bahasa Jiwa Bangsa!”  – Saudara Firdaus Hamsin, Exco Penyelidikan ABIM Pusat.
Salam. Tahniah diucapkan kepada The Patriots dan penulis, di atas keprihatinan terhadap perjuangan memartabatkan Bahasa Kebangsaan.
Cuma, merujuk kepada artikel: 
https://www.thepatriots.asia/archives/3605
Kalau boleh saya betulkan sedikit fakta di dalam artikel ini, ‘point’ nombor 23 menyatakan bahawa Keranda 152 diusung lagi pada tahun 2009 atas ‘kemelut Program Dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP) di sekolah-sekolah.’
1. Keranda 152 diusung buat kali pertama pada 3hb Mac 1967 di bangunan Parlimen, Jalan Mahameru, Kuala Lumpur, apabila kerajaan tidak menepati janji untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa dalam bidang kehakiman.
2. Pada 7hb Mac 2009, Keranda 152 diusung sekali lagi buat kali kedua sebagai bantahan terhadap isu PPSMI, dari Masjid Negara ke Istana Negara, Kuala Lumpur.
3. Selanjutnya, Keranda 152 diusung buat kali ketiga pada 26hb Mac 2016 di hadapan Masjid Jamek, Kuala Lumpur, bagi membantah Program DLP, yang dilihat sebagai ‘penjenamaan semula’ PPSMI.
4. Pada 9hb April 2016, satu lagi perhimpunan aman dianjurkan bagi membantah Program DLP di Padang Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
5. Hakikatnya, Program DLP hanya diumumkan oleh YAB Perdana Menteri menerusi pengumuman bajet (belanjawan) pada tahun 2016.
6. Hal ini menyebabkan para pejuang bahasa dan NGO menerusi ‘Gerakan Mansuh PPSMI-Bantah DLP’ (GMP) membuat bantahan menerusi pelbagai saluran, bagi menyuarakan keprihatinan rakyat terbanyak.
7. Sama ada menerusi penganjuran forum, seminar, penulisan artikel, surat, penerbitan buku, mahu pun pertemuan dengan pimpinan UMNO, PAS, PKR dan AMANAH, semua dilakukan atas kecintaan terhadap Bahasa Melayu.
8. Malahan, pertemuan 11hb Februari 2016 (Khamis), Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim, bersama delegasi bijak pandai Melayu, mahaguru bahasa, sasterawan, budayawan dan saintis mengadap Baginda Sultan Perak, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan yang bijaksana - membincangkan masa depan anak bangsa.
9. Pada 25hb Februari 2016 (Khamis), Presiden ABIM, Sdr. Raimi serta tokoh bahasa, Prof Emiritus Abdullah Hassan, telah menyertai Program “My Great Debate” anjuran Pesuruhanjaya Tinggi British di Malaysia dengan kerjasama BFM Radio, University Nottingham Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan National Building School diadakan di Dewan Senat, UTM.
9.1. D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor telah berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Perdebatan ini.
10. Sesungguhnya, kita tidak menentang penguasaan lebih daripada satu bahasa.
11. Malahan, kita menyokong High Immersive Programme (HIP); untuk memperkasakan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.
12. Namun, kita menentang pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris menerusi DLP; kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
13. Di samping itu, kajian telah membuktikan bahawa PPSMI (dan kini DLP) bukan sahaja tidak membantu memperkasakan Bahasa Inggeris. Malah, prestasi murid dalam subjek Sains dan Matematik juga merosot.
----------------------------------------------
Mohon sebar luas dan tularkan:
a) Page Facebook: “Gerakan Mansuh PPSMI - GMP #Bantah DLP”:
dan
Blog: “Gerakan #BantahDLP”: http://bantahdlp.blogspot.my/
Terima kasih.
--------------------------
-- Zairudin Hj Hashim (Che Din),
Exco Media, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
-------------------------------------------------
Sumber dan rujukan:
  1. http://jihadmalaya.blogspot.my/2009/03/gambar-gambar-eksklusif-ketika-demo.html
  2. http://polokelab.blogspot.my/2016/03/seminar-hala-tuju-pendidikan-negara-2.html;
  3. http://media.unisel.edu.my/latest-news/8-achievements-of-unisel/241-utamakan-bahasa-melayu;
  4. https://aye83.wordpress.com/page/2/
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...