Isnin, Julai 17, 2017

KING ERIC, DAN KOLAR YANG DIBIARKAN KE ATAS.


KING ERIC, DAN KOLAR YANG DIBIARKAN KE ATAS.
Pada 6hb Disember 1992, Eric Cantona memulakan debut kompetitif sulung sebagai pemain gantian, untuk United.
Menentang seteru setempat, Manchester City, Cantona membantu United untuk menang 2-1 di laman sendiri.
Meskipun pada tahun-tahun kemudiannya, ramai yang mempertikaikan kemampuan Ferguson dan United kerana kehilangan ramai bintang berpengalaman,
King Eric dan anak-anak muda keluaran Akademi United, akhirnya menutup mulut para pengkritik -- dengan pelbagai gelaran yang mereka kecapi.
Anak kelahiran Marseille ini dibesarkan di dalam gua di mana keluarganya tinggal.
Sejelasnya, perlawanan pertama Cantona adalah sewaktu aksi persahabatan menentang Benfica di Lisbon, untuk menyambut hari kelahiran ke-50 legenda dunia, Eusebio.
Sebelum menyarung jersi keramat nombor 7, Cantona memakai jersi 10 dan 12.
Gol pertamanya adalah ketika menentang Chelsea pada Disember '92, manakala yang terakhir adalah ketika menewaskan Balckburn pada April 1997.
Dianggap antara pakar sepakan penalti terbaik dunia, Cantona bijak mengambil masa untuk meneka dan membaca gerakan lutut penjaga gol lawan, sebelum membuat sepakan.
Meskipun ramai kecewa selepas Cantona digantung dan tidak menyertai perlawanan persahabatan menentang Selangor FA pada 1995 di Shah Alam,
Cantona kemudiannya datang juga sekitar 1998, kali ini sebagai pemain bola sepak pantai. Malaysia diwakili oleh Mubin Mokhtar, Hassan Sani, Khalid Ali dan lain-lain.
Beliau turut terlibat sebagai pelakon dalam iklan dan filem selepas menggantung but, menamatkan kerjaya gemilang penuh kontroversi dan kejayaan.
Aksi Cantona dengan kolar yang dihala ke atas, bukan saja menjadi imej yang dikenang,
Tetapi turut dirindui oleh penyokong bola sejati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...