Isnin, Julai 17, 2017

KING HENRY: 'RAJA' YANG PENUH FALSAFAH.



KING HENRY: 'RAJA' YANG PENUH FALSAFAH.
‘’I eat football, I sleep football, I breathe football. I'm not mad, I'm just passionate.’’
Kata-kata penuh mendalam daripada Thierry Daniel Henry, yang penuh falsafah.
Beliau bukan berdarah Afrika. Ayah Henry berasal dari Guadeloupe dan ibunya dari Martinique, kedua-duanya adalah wilayah Perancis.
Peminat setia Marco Van Basten (legenda Belanda) ini gemar meniru gaya permainan serta teknik idolanya itu.
Legenda yang lahir pada 1977 ini menamakan Paul Scholes sebagai pemain terbaik yang pernah dihadapinya.
Henry juga dikenali sebagai penyokong kuat pasukan bola keranjang San Antonio Spurs.
Meskipun diletakkan sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Arsenal (selama penubuhan sejak 130 tahun) -- dengan 228 gol,
Henry menyatakan bahawa gol yang paling istimewa adalah ketika kembali menyarung jersi The Gunners, kali ini sebagai 'peminat' kelab tersebut ketika menentang Leeds pada 2012.
Menggambarkan gol tersebut sangat membekas dalam jiwanya, Henry menyatakan, "You know, I wasn't meant to come back and I came back. I wasn't meant to play, I played."
"I wasn't meant to score, I scored. It was so emotional. It wasn't about technique or about the score, it was what it meant to me.”
Henry juga adalah penjaring terbanyak dalam sejarah skuad kebangsaan Perancis.
Memulakan debut menentang Leicester pada 1999, Henry menyatakan bahawa Wenger adalah mentor yang mengangkat beliau sehingga menjadi pemain bertaraf dunia.
Wenger mendapatkan Henry pada harga £11 juta pada Ogos 1999, selepas mereka berdua kebetulan menaiki pesawat yang sama ke Paris.
Henry menyatakan hasrat kepada Wenger untuk beraksi bersama The Gunners, dan semuanya adalah sejarah.
8 musim di Arsenal, Henry menang dua kejuaraan liga; tiga Piala FA; dan dinamakan sebagai Pemain Terbaik PFA dan FWA sebanyak beberapa kali.
Beliau juga memimpin kelab tersebut ke Final UCL 2006.
Jun 2007 adalah detik memedihkan buat penyokong setia Arsenal. Melihat deretan bintang datang dan pergi, tidaklah sepedih menyaksikan King Henry meninggalkan kelab untuk menyertai Barca.
Bersama Barcelona, Henry menang La Liga; Copa del Rey; UEFA Champions League; Supercopa de Espana; UEFA Super Cup dan FIFA Club World Cup.
Henry telah disenaraikan dalam skuad Terbaik UEFA sebanyak 5 kali.
Ketika menyarung jersi Perancis pula, Henry telah menjulang Piala Dunia FIFA (1998); UEFA EURO (2000); dan Piala Konfederasi FIFA (2003).
Perkataan 'va-va-voom' dalam iklan Renault yang dibintangi oleh Henry, telah dimasukkan sebagai istilah Inggeris dalam kamus Oxford.
Akibat sering dihina dan diejek dengan pelbagai gelaran berunsur perkauman sempit, Henry menubuhkan The One For All Foundation, sebuah yayasan pembangunan tunas, berdasarkan nombor jersi keramatnya.
Thierry Daniel Henry, dengan kerjaya penuh warna-warni di Monaco, Arsenal, Juventus, Barcelona, dan New York Red Bulls akan terus dikenang, sebagai pemain tersohor yang punya pengaruh dan gaya permainan tersendiri.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...