Isnin, Julai 10, 2017

TRIO JOHOR.

TRIO JOHOR.
Teruja menatap gambar yang dimuat naik Alistair Edwards, bersama Ervin Boban. Kalau ada Abbas Saad, dah lengkap trio import Johor FA yang paling dikenang sepanjang zaman.
Bukan mudah untuk memiliki pemain asing yang benar-benar bermain, sepenuh raga jiwa untuk kelab atau pasukan yang diwakilinya.
Pemain yang beraksi untuk pasukannya, punya pengaruh tersendiri dan dikenang penyokong untuk tempoh yang lama.
Awang import, sama ada yang dipilih hanya menerusi video Youtube, mahupun bintang besar yang dipancing dengan harga yang tinggi; mewarnai kancah liga tempatan -- dengan pengharapan besar, kecemerlangan, kontroversi serta telatah tersendiri.
Fandi Ahmad, Adigun, Andre Luis Nascimento, Repasi, Vyacheslav 'Russian Torpedo' Melnikov, Igor Shkvyrin,
Simukonda, Chipeta, Kiatisuk 'Zico' Senamuang, John 'Kerbau' Hunter, David Evans, Mehmet Durakovic, Scott Ollerenshaw,
Juan Manuel Aristegui, Martelotto, San Martin, Bernard Hugging, Marlon Alex James, Luciano 'Lucho' Figueroa dan kini Liridon (sekadar menyebut beberapa nama);
Punya tempat tersendiri dalam hati peminat mereka.
Anda pula bagaimana? Siapa pemain import yang membekas dalam jiwa?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...