Rabu, Ogos 02, 2017

JIJON: MEKAR DI HATI PEMINAT.



JIJON: MEKAR DI HATI PEMINAT.
Ketika kemuncak prestasinya, aksinya senantiasa dinantikan. Kelicikan dan kemahirannya yang tinggi, menjadi hiburan yang mengujakan.
Azizol Abu Haniffah merupakan lagenda bola sepak negara yang tidak boleh dinafikan lagi. Beliau dianggap sebagai antara pemain tengah terbaik pernah dilahirkan negara: sedari kemunculan awalnya sekitar 80an sehinggalah tahun 1994.
Dengan nombor keramat iaitu ‘12’ pada jersinya - dan ketajaman penyudah - menjadikan beliau pemain yang disegani, khususnya sewaktu era Liga Semi-Pro.
Meskipun jasanya seringkali dinafikan oleh pihak tertentu, gelaran-gelaran seperti ‘Jeneral Padang’, ‘Arkitek Padang’ dan ‘Midfielder Terbaik di Malaysia’, menceritakan betapa besarnya nama ini di hati peminat bola sepak tanah air: Azizol Abu Haniffah.
Salute tinggi buat Jijon, legenda bola sepak Malaysia!
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...