Rabu, Ogos 02, 2017

SUA ABIM BUAT PERKONGSIAN BERKENAAN ISU PALESTIN DI CHEMOR, PERAK.

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
SUA ABIM BUAT PERKONGSIAN BERKENAAN 
ISU PALESTIN DI CHEMOR, 
PERAK.
.
1hb Ogos 2017 (Selasa): Alhamdulillah, Setiausaha Agung ABIM, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz telah mengupas isu Palestin dan Al-Quds di SERI Al-Ummah, Chemor, sempena Program Asyirah WADAH-ABIM-KPIP.

.
Turut berkongsi pentas pidato, Sdr. Mohammad Adhwa Mazland, Exco Dakwah PKPIM.
.
Sementelah, turut dijalankan, sesi penyerahan bendera dan peta Palestin, sebagai simbol amanah dari ABIM Pusat kepada ABIM Perak, untuk meneruskan perjuangan dan solidariti buat bumi Palestin.
.
Saranan kepada seluruh warga ABIM untuk meluaskan naratif perjuangan rakyat Palestin kepada semua khususnya teman-teman dari berlainan agama seperti yang dilakukan ABIM Pusat. Semoga usaha berterusan mendapat rahmat dan barakah dari ALLAH SWT.
.
31 borang keahlian baru ABIM daripada guru dan staf SERI Al-Ummah juga disampaikan oleh Guru Besar, al-Fadhil Ustaz Mohd Fadzil kepada Sdr. Faisal.
.
Dengan komitmen tinggi, para pimpinan dan aktivis ABIM Perak dari Kuala Kangsar, Taiping, Manjung, Perak Tengah, selain bandaraya Ipoh dan lain-lain; turun memberikan sokongan.
.
ABIM sedari awal penubuhannya, komited memperjuangkan pengumpulan dana, selain kempen penerangan serta advokasi, untuk menyelamatkan bumi Al-Quds, daripada terus dijajah oleh rejim Zionis Israel.
.
.
Hasbunallah wanikmal wakil. Sebarkan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...