Selasa, Mac 06, 2018

ABIM ANJUR FORUM BEDAH TELEFILEM “POK YA CONG CODEI”.

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
ABIM ANJUR FORUM BEDAH TELEFILEM 
“POK YA CONG CODEI”.
Kalau aku nak kutik ambil tahu seremo masalah ore, baik aku jadi menteri!”
27hb Februari 2018 (Selasa): Alhamdulillah, Angkatan belia Islam Malaysia (ABIM) telah menganjurkan Forum Bedah Telefilem Cerita Rakyat – “Pok Ya Cong Codei” di Dewan Sekretariat ABIM Pusat.
Rakaman program tersebut boleh ditonton di sini:
Program ini menampilkan dua orang aktivis seni tanah air yang berjasa, iaitu Sdr. Sabri Yunus dan Sdr. Dinsman (Shamsudin Osman).
Sdr. Dinsman menyatakan bahawa watak ‘Pok Ya’ lahir di kala masyarakat ‘kehilangan’ pemimpin yang berwibawa. Beliau juga menegaskan bahawa perlu ada nilai estetika serta realiti dalam menghasilkan sesuatu filem atau drama. Sementelah, beliau mengatakan yang Sabri telah menemui 'bahasa filemnya sendiri.'
Beliau juga menyebut bagaimana tidak mudah untuk mengangkat realiti dalam sesuatu cerita, sebagaimana yang dilakukan oleh Sdr. Sabri. Sdr. Sabri yang sebelum ini terkenal dengan watak ‘Wan Ismail Golok’ pula menekankan bahawa seseorang pengkarya itu perlu menjadi pencetus dan bukan hanya mengikut arus dalam menghasilkan sesuatu karya seni mereka.
Beliau mengangkat sisi amanah, menepati janji dan menyayangi isteri dalam sosok Pok Ya, meskipun digambarkan sebagai seorang gangster yang ‘gedebe’. Naskah ini juga mendidik masyarakat untuk keluar bermusafir untuk mengenal tempat orang serta meluaskan pengalaman.
Sdr. Sabri juga memaklumkan bahawa beliau akan menghasilkan telefilem susulan kepada naskah “Pok Ya Cong Codei”, dan akan memulakan penggambarannya pada bulan Mac nanti.
----------------
Kepada yang berminat, jemputlah beli buku Retro Bola Sepak (RBS).
Boleh whatsapp/hubungi 019-3531967 untuk maklumat lanjut.
Reviu buku RBS boleh dibaca di sini:
Senaskah; RM30 sahaja.
Mohon sokong industri buku tempatan.
Apalagi, tak ramai yang berani menerbitkan buku bola sepak dalam bahasa Melayu.
Tanpa kalian; siapalah kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...